Monday, 19 January 2015

Kata-kata tokoh.

-Dari begitu banyak sahabat, dan tak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. - Umar bin Khattab.

-Kebajikan yang mudah adalah dengan menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut. - Umar bin Khattab.

-Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takut miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. - Imam Al Ghazali.
Seringkali kita mempersoalkan kekurangan atau kelemahan diri sendiri sehingga tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki.Tetapi kita terlupa bahawa lebih ramai lagi insan di dunia ini yang lebih menderita dan menjalani kehidupan yang lebih menyedihkan berbanding diri kita.Jadi sebagai hamba Allah, belajarlah bersyukur dengan apa yang dimiliki.In shaa Allah hidup kita akan lebih tenang dan bahagia..